بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Catatan ini bermula spontan. Usai lena sebentar sambil menidurkan Zuhairah, anak pertama kami, teringat ais krim buatan tangan Mama Zuhairah dalam freezer. Abu ambil satu dan rasa..makan sampai habis. Agak panas cuaca pagi, walaupun jam menunjukkan pukul 2.58 a.m.
Sempat juga cari resepi ais krim atau lebih tepat resepi popsicles..cuba buat satu dulu. Mudah sahaja, santan tambah madu.
Zuhairah suka ais krim. Semalam kami dapat makan Mini Cornetto. Walaupun mini, sedap juga dimakan, lebih-lebih lagi makan sama-sama dengan anak beranak. Mama makan lebih. Abu pun sama..anak-anak je kena catu..hehe.
الحمد لله
No comments:
Post a Comment